Shopping Cart Order Form

Showing posts with label Irfan. Show all posts
Showing posts with label Irfan. Show all posts

Monday, 16 January 2017

Anakku Irfan Kerap Demam 2 Minggu Sekali


1. Anakku Irfan asyik demam. Dalam sebulan paling kurang akan dua kali dia demam. Setiap dua minggu pasti dia akan berasa tidak selesa dan lemah.

2. Pada 12 Januari 2016 hari itu, aku telah membawanya ke Klinik Kesihatan Kamunting Kg Expo. 

3. Doktor memberitahu, ada dua faktor jika kanak-kanak kerap demam iaitu :
a. Jantung bermasalah
b. Masalah kekurangan darah merah
4. Selepas pemeriksaan Alhamdulillah, dia disahkan bebas dari kedua-dua masalah tersebut.

5. Bingung aku dibuatnya. Aku redha apa pun jawapan doktor dan jika doktor memberi jawapan tiada masalah, makin menyebabkan aku risau kerana tidak mengetahui apakah sebenarnya penyakit yang menimpa anakku.

6. Doktor menyimpulkan yang Ifran mungkin sedang mengalami kejutan dalam tumbesaran dan akan pulih sendiri nanti apabila diri dia dapat menyesuaikannya.

7. Aku hanya senyum dan mengiyakan kata doktor walaupun sebenarnya hati aku masih sangsi dengan keadaan Irfan.  

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

Tuesday, 3 January 2017

Pendaftaran dan Masuk PRA Sekolah Sesi 2017


1. Sudah 6 tahun usia anak sulungku seperti baru semalam dia lahir.

2. Mana mungkin aku lupa saat indah dia menjadi bayi dan membesar di depan mataku hingga kini.

3. Muhammad Irfan namanya aku beri sebab maksud Irfan adalah bijak. Moga dia jadi orang yang bijak dan berguna satu masa nanti.

4. 30hb Disember 2016 baru-baru ini kami mendaftarkan dia di SK Long Jaafar Kamunting Taiping Perak bagi mengikuti sesi PRA Sekolah.

5. Saya dan isteri sebenarnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengasuh Irfan, Kak Hasmah kerana dialah individu penting mendaftarkan Irfan di situ.

6. Hanya kerana kami beralamat di Taman Palma Puteri, pihak sekolah asalnya menolak permohonan kami. Namun atas pertolongan Kak Hasmah maka berjaya juga Irfan didaftarkan.

7. Jadi semasa sesi pendaftaran dan taklimat ibubapa kami amat teruja kerana ini adalah pertama kali kami membawa anak kami bersekolah.

8. Paling menarik, PU Yeop turut mendaftarkan anaknya ke PRA sekolah yang sama.


9. Hari ini, 3 Januari 2016, Irfan masuk ke kelas hari pertama. Tiada drama dan tiada duka. Dia bagaikan sudah biasa dengan suasana kelas memandangkan dia pernah belajar di Taska PASTI semasa 5 tahun dulu.

10. Kepada Irfan, ayah amat berharap anak ayah dapat belajar rajin-rajin dan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. 

11. Kalau boleh lebih hebat dari ayah yang memegang ijazah pertama bidang ekonomi dari Universiti Utara Malaysia.

12. Selamat bersekolah anakku.

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

Older Posts

Recent Posts Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...