Shopping Cart Order Form

Tuesday 3 January 2017

Pendaftaran dan Masuk PRA Sekolah Sesi 2017


1. Sudah 6 tahun usia anak sulungku seperti baru semalam dia lahir.

2. Mana mungkin aku lupa saat indah dia menjadi bayi dan membesar di depan mataku hingga kini.

3. Muhammad Irfan namanya aku beri sebab maksud Irfan adalah bijak. Moga dia jadi orang yang bijak dan berguna satu masa nanti.

4. 30hb Disember 2016 baru-baru ini kami mendaftarkan dia di SK Long Jaafar Kamunting Taiping Perak bagi mengikuti sesi PRA Sekolah.

5. Saya dan isteri sebenarnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengasuh Irfan, Kak Hasmah kerana dialah individu penting mendaftarkan Irfan di situ.

6. Hanya kerana kami beralamat di Taman Palma Puteri, pihak sekolah asalnya menolak permohonan kami. Namun atas pertolongan Kak Hasmah maka berjaya juga Irfan didaftarkan.

7. Jadi semasa sesi pendaftaran dan taklimat ibubapa kami amat teruja kerana ini adalah pertama kali kami membawa anak kami bersekolah.

8. Paling menarik, PU Yeop turut mendaftarkan anaknya ke PRA sekolah yang sama.


9. Hari ini, 3 Januari 2016, Irfan masuk ke kelas hari pertama. Tiada drama dan tiada duka. Dia bagaikan sudah biasa dengan suasana kelas memandangkan dia pernah belajar di Taska PASTI semasa 5 tahun dulu.

10. Kepada Irfan, ayah amat berharap anak ayah dapat belajar rajin-rajin dan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. 

11. Kalau boleh lebih hebat dari ayah yang memegang ijazah pertama bidang ekonomi dari Universiti Utara Malaysia.

12. Selamat bersekolah anakku.

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

No comments:

Older Posts

Recent Posts Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...