Shopping Cart Order Form

Monday 16 January 2017

Anakku Irfan Kerap Demam 2 Minggu Sekali


1. Anakku Irfan asyik demam. Dalam sebulan paling kurang akan dua kali dia demam. Setiap dua minggu pasti dia akan berasa tidak selesa dan lemah.

2. Pada 12 Januari 2016 hari itu, aku telah membawanya ke Klinik Kesihatan Kamunting Kg Expo. 

3. Doktor memberitahu, ada dua faktor jika kanak-kanak kerap demam iaitu :
a. Jantung bermasalah
b. Masalah kekurangan darah merah
4. Selepas pemeriksaan Alhamdulillah, dia disahkan bebas dari kedua-dua masalah tersebut.

5. Bingung aku dibuatnya. Aku redha apa pun jawapan doktor dan jika doktor memberi jawapan tiada masalah, makin menyebabkan aku risau kerana tidak mengetahui apakah sebenarnya penyakit yang menimpa anakku.

6. Doktor menyimpulkan yang Ifran mungkin sedang mengalami kejutan dalam tumbesaran dan akan pulih sendiri nanti apabila diri dia dapat menyesuaikannya.

7. Aku hanya senyum dan mengiyakan kata doktor walaupun sebenarnya hati aku masih sangsi dengan keadaan Irfan.  

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

Friday 6 January 2017

Benarkah RON 97 Lebih Jimat Berbanding RON 95?


1. Harga minyak bagi pasaran Malaysia pada Januari 2017 dilihat meningkat atas faktor kenaikan harga minyak dunia dan kejatuhan nilai ringgit. 

2. Maka muncullah idea dan hipotesis mengatakan minyak RON 97 lebih jimat dari segi kilometer berbanding RON 95. Namun terdapat juga penguna yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini. Seperti Komen Fadzul Hisyam di dalam sebuah forum onilne. Sumber 
Bergantung kepada jenis enjin yang hang guna. Kalau hang guna enjin 2.5L ke atas dengan compression ratio tinggi (13:1), gunalah RON97. Kalau hang pakai Kancil 850 atau BLM 1.3L atau Honda City 1.5L atau BMW 316i sekali pun dengan enjin yang compression ratio pun lebih kurang dalam 10.4:1 , pakai jer RON95. Kalau pakai RON97 tak ada kesan apa-apa pun dari segi prestasi, engine knock down, kilometer per minyak or apa-apa mitos-mitos yang dibaca atau didengari kat luar sana. Key point kat sini adalah compression ratio enjin tu sendiri. Walaupun enjin 1.6L, tapi dengan compression ratio 12:1 atau ke atas, gunalah RON97 untuk prestasi dan ketahanan enjin yang lebih lama. 
3. Selain itu, ada penguna kereta yang menguji perbezaan penjimatan secara langsung dan mendedahkan di dalam forum yang sama.
Kalau mcm aku guna SAGA FLX jer. 
isi dari full tank: RON 95 300km (city driving) RON 97 380km (city driving) dr berkelip2, isi dalam 27 liter. 
RON 95 27 x rm2.26 = rm61.07 RON 97 27 x rm2.46 = rm66.42 Beza= rm66.42 – rm61.07 = rm5.35 km/liter pulak ron 95 = 300km/27liter = 11.11km/l ron 97 = 380km/27liter = 14.07km/l dengan beza rm5.35/rm2.26 kita akan dapat = 2.27 liter 11km/l x 2.27l = 25.21km kalau guna ron 95 dengan harga yg sama dengan rom 97, Jarak ron 95 (rm66.42= 29.39liter) = 300km + 25.21km = 325.21km Jarak ron 97 (rm66.42 = 27.00 liter) = 380 km 
Beza jarak untuk harga RM66.42 = 380km (ron97) – 325.21km (ron 95) 
Beza jarak untuk harga RM66.42 = 54.79 km
4. Selain di dalam buku panduan, anda juga boleh melihat sticker Octane Rating minimum di lid penutup minyak kereta anda. Di situ pun biasanya ada di catatkan. Secara asasnya memang lagi tinggi RON tu, maka lagi bagus minyak tu. 

5. Tapi perlu diingat, RON yang lebih tinggi tidak bermaksud ianya lebih berkuasa. Ia hanya bermaksud minyak itu lebih susah untuk dinyalakan. Dan sebenarnya, setiap engine sesebuah kereta itu direka dengan minimum octane rating nya yang tersendiri. 

6.  Jadi, paling pentingnya ialah periksa manual kereta anda, apakah nilai minimum octane rating atau RON nya. Gunalah minyak paling minimum yang dicatatkan itu. Kalau RON95 maka anda boleh guna RON95 tanpa ada sebarang masalah. 

7. Dengan menggunakan minyak RON95, anda sebenarnya dapat menjimatkan duit anda kerana ianya lebih murah. 

8. Namun, kepada mereka yang pakai kereta yang berkuasa tinggi contohnya kereta sport seperti evo, impreza, type R, skyline dan sewaktu denganya, maka adalah sangat disarankan supaya anda gunalah minyak RON97. 

9. Walaupun harganya mahal sedikit, tapi tidak mengapalah, janji anda puas hati. Nanti boleh la anda pecut kereta dengan lancar, tanpa semput-semput.

10. Jadi, terpulanglah kepada anda sendiri mencuba bagaimana kesesuaian RON ini kepada kereta anda dan pastinya hipotesis yang anda mahu adalah penjimatan wang dan pertambahan kilometer di dalam liter yang sama.

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

Adik Damia : Berupaya Di Dalam Ketidakupayaan.


1. Damia Irsalina tidak ku kenali siapa anak ini.

2. Namun aku sangat tersentuh dengan ketabahan empunya diri memiliki anggota badan yang serba kekurangan di usia sepertinya.

3. Amat kuat jiwanya berteman ketabahan menerima ketentuan Allah s.w.t. Begitu juga pastinya hebat ibu ayahnya. Dapat mempositifkan suasana menerima takdir ini menerima zuriat serba kekurangan.

4. Ironinya kita yang sempurna sifat seperti yang dikehendaki Allah selalu lupa untuk melafaskan kesyukuran. Kadangkala sering gagal mengurus emosi dan fikiran sehingga sanggup menyalahkan takdir apabila ditimpa kegagalan.

5. Moga gambar ini dapat memberi inspirasi kepada sesiapa yang sedang jatuh. Tiada alasan untuk kita berputus asa sedangkan ada orang yang berupaya di dalam ketidakupayaan.

6. Aku doakan adik Damia sentiasa dibawah lindungan Allah.

Update mengenai adik Damia.
7. Hari kedua adik Nik Damia di SK Telemong, Hulu Terengganu. Kaulah insan paling istimewa didalam dunia ni. Tabahkan hati.

8. Kami mendoakan semoga adik berjaya di dunia dan akhirat. Jom aminkan doa ini, "Ya ALLAH, berikanlah adik ini ketabahan hati dan kekuatan utk meneruskan pengajiannya..." Amiin....

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

Wednesday 4 January 2017

Anak-Anak Sebagai Sumber Inspirasi


1. Dalam menempuh onak dan duri ujian dari Allah ini, anak-anak lah menjadi sumber inspirasi untukku.

2. Bukan senang mahu menghadapi dua dugaan besar yang melanda hidupku kini.

3. Isteriku sudah 4 bulan menjalani rawatan kemoterapi bagi kanser darah Hodgkins Lymphoma.

4. Manakala ibuku pula menimpa-nimpa pula sakitnya. Paling terkini kakinya sudah dipotong akibat diabetis.

5. Ibuku sudah tidak boleh menjadi tempat untuk aku berkongsi cerita kerana selepas menjalani rawatan intensif TB dia sudah hilang pendengaran.

6. Dalam keadaan seperti ini, tiada siapa yang dapat menjadi tempat untuk aku meluah rasa dan perasaan. Dalam blog inilah segalanya aku luahkan.

7. Selain itu, anak-anaklah jadi sumber kekuatan aku. Senyuman mereka, gelak tawa mereka dan keriangan mereka bagaikan sebuah suara memberitahuku, ada insan yang masih bahagia dibawah jagaan ku.

8. Moga Allah merahmati diriku dan mengampunkan segala dosaku.

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

Tuesday 3 January 2017

Kesan Rawatan Kemoterapi


1. Apa itu kemoterapi? Kemoterapi adalah ubat-ubat yang digunakan untuk merawat barah dengan cara membunuh sel barah. Ubat kemoterapi ini berfungsi dengan cara menghalang sel barah daripada terus membahagi dan bertambah. 

2. Sel barah tersebut akhirnya rosak dan mati. Memandangkan ubat tersebut disuntik ke dalam darah, ubat tersebut juga boleh membunuh sel barah di bahagian tubuh yang lain. Ubat kemoterapi yang berlainan mempunyai kesan yang berbeza terhadap sel barah. 

3. Oleh yang demikian gabungan beberapa ubat mungkin digunakan untuk memberi kesan rawatan yang terbaik. Namun begitu, ubat kemoterapi ini turut memberi kesan kepada sel-sel badan yang normal dan ini menyebabkan beberapa kesan sampingan terjadi. 

4. Berbeza dengan sel barah, sel yang normal boleh bertambah dengan kadar segera menyebabkan kesan sampingan yang berlaku hanyalah bersifat sementara. Malah kesan sampingan ini akan hilang sebaik sahaja rawatan kemoterapi tamat. 

5. Pada kebanyakan keadaan, beberapa ubat kemoterapi diberikan serentak kepada pesakit. Hanya dalam kes-kes tertentu, sejenis ubat kemoterapi sahaja yang digunakan dalam rawatan. Mengapa rawatan kemoterapi diberikan? 

6. Tujuan rawatan kemoterapi adalah untuk menyembuhkan, mengawal penyakit barah atau mengurangkan gejala penyakit barah. Tempoh rawatan dan kekerapan rawatan adalah bergantung kepada jenis barah dan ubat yang digunakan. 

7. Secara amnya, rawatan kemoterapi diberikan dalam tempoh enam hingga 12 bulan walaupun adakalanya ianya boleh diberikan dalam tempoh yang lebih singkat atau lebih panjang. Individu adalah digalakkan untuk berbincang dengan doktor yang merawat. 

  • Kesuburan 
  • Kemoterapi boleh memberi kesan sementara atau kekal kepada kesuburan pesakit. Pesakit wanita mungkin menghadapi kitar haid yang tidak teratur atau putus haid tetapi keadaan ini hanyalah bersifat sementara. Walaupun kebarangkalian untuk mengandung menurun berikutan rawatan kemoterapi, masih ada pesakit wanita yang hamil setelah tamat rawatan. Bagi pesakit lelaki, rawatan kemoterapi boleh mengurangkan jumlah penghasilan sperma. Bilangan sperma dalam air mani boleh berkurang dalam jumlah yang sedikit atau dalam keadaan yang ekstrem - tiada penghasilan sperma. Kesan sampingan ini boleh bersifat sementara atau kekal. Sesetengah pesakit membuat keputusan untuk menyimpan sperma sekiranya ia diperlukan untuk kegunaan persenyawaan luar rahim kelak.
  • Merancang keluarga 
  • Walaupun kadar kesuburan berkurangan berikutan rawatan kemoterapi, proses kehamilan masih boleh berlaku. Memandangkan kemoterapi boleh memberi kesan kepada telur (ova) dan sperma maka kehamilan tanpa dirancang adalah tidak digalakkan baik bagi pesakit wanita, pesakit lelaki atau pasangan. Maka kaedah cegah hamil yang sesuai perlu digunapakai. Sekiranya kehamilan berlaku, pesakit perlu berbincang dengan doktor secepat mungkin. Pil perancang keluarga / cegah hamil mungkin diberikan kepada pesakit wanita muda bukan sahaja bertujuan untuk mencegah kehamilan tetapi juga untuk melindungi ovari daripada kesan sampingan ubat kemoterapi. 
  • Masalah usus 
  • Sesetengah pesakit mungkin menghadapi masalah seperti sembelit atau cirit-birit (setelah diberikan rawatan kemoterapi). Mereka ini digalakkan untuk meminum lebih air bagi mengatasi masalah ini. Sembelit boleh dielakkan sekiranya pesakit mengambil makanan berserat tinggi seperti roti gandum dan pasta , bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran. Bagi mengatasi masalah cirit-birit pula, pesakit dinasihatkan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit secara kerap berbanding memakan makanan dalam jumlah yang banyak. Ambil makanan yang bersuhu suam atau sedikit sejuk berbanding makanan yang panas atau telalu sejuk. Elak makanan yang pedas, makanan berserat yang kasar, makanan berlemak atau yang digoreng, berkuah atau bersos, sosej dan buah-buahan atau sayuran yang mentah, berkulit atau berbiji. Makan makanan snek yang bersesuaian seperti sup, roti bakar, biskut, keju atau nasi. Apabila cirit-birit telah sembuh, penting bagi pesakit untuk mengambil makanan yang seimbang meliputi buah-buahan segar, sayuran dan bijirin. Pesakit perlu melaporkan masalah sembelit, cirit-birit atau sakit perut kepada doktor yang merawat. 
  • Masalah mulut 
  • Ubat anti-barah juga boleh memberi kesan kepada lapisan dalam mulut dan adakalanya menyebabkan luka / ulser atau jangkitan mulut. Penjagaan kebersihan mulut adalah penting bagi semua pesakit yang mendapat rawatan kemoterapi. Pesakit digalakkan menggosok gigi dua kali sehari dengan menggunakan berus gigi yang lembut. Pesakit mungkin dibekalkan dengan ubat kumuran bagi mengelakkan jangkitan mulut seperti jangkitan kulat. Pesakit tidak digalakkan mengguna ubat kumur komersil tanpa merujuk dengan doktor terlebih dahulu kerana ianya berkemungkinan merengsa lapisan dinding mulut. Penggunaan sesudu garam dalam segelas air suam juga boleh digunakan bagi tujuan yang serupa. Jika mulut anda kering, banyakkan mengambil cecair, terutamanya air dan makanlah makanan lembut seperti kaserol. Makan juga buah-buahan masam atau gula-gula berangin. Bincangkan masalah pergigian anda dengan doktor. Maklumkan dahulu kepada doktor gigi anda yang sedang menjalani rawatan kemoterapi sebelum menjalani rawatan pergigian. 
  • Rambut gugur 
  • Keguguran rambut adalah disebabkan kesan sampingan sementara ubat pada rambut. Walaupun begitu tidak semua ubat kemoterapi menyebabkan keguguran rambut. Tahap keguguran rambut adalah bergantung kepada individu dan jenis ubat yang diberikan. Rambut baru akan tumbuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas rawatan kemoterapi diberikan. Selain daripada keguguran rambut, pesakit juga mungkin kehilangan bulu pada bahagian anggota badan yang lain. Sekiranya pesakit dijangkakan akan menghadapi masalah keguguran rambut, penggunaan rambut palsu, topi atau skaf mungkin dapat membantu. Elakkan kulit kepala terdedah kepada sinar matahari atau keadaan sejuk yang melampau. Pesakit hendaklah menjaga kebersihan rambut dan kulit kepala. Sekiranya bulu mata turut gugur, gunakan kaca mata untuk melindungi mata. Pada hari yang berangin, anda perlu memastikan rambut dan kulit sangat bersih.

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

PESANAN DR HAMID ARSHAT : Hargailah Nikmat Kesihatan

1. Dr Hamid Arshat seorang pakar sakit puan yang popular merupakan antara individu yang kerap melakukan umrah setiap tahun secara DIY atau persendirian. Baca posting beliau yang sangat bermanfaat dan boleh jadi panduan dalam hidup kita: 

2. Alhamdulillah capai umor 72 tahun dan 46 tahun kahwin menghasilkan 5 orang anak dan 12 orang cucu . Saya anggap sebagai satu kejayaan dengan izin Allah SWT. Saya juga rasa amat bahagia kerana anak2 dan cucu2 dalam keadaan sihat walafiat. 

3. Saya ingin tinggalkan pesanan kepada anak2 dan cucu2 dan mereka yang melayari ruangan ini beberapa panduan untuk kejayaan dan kebahagian hidup. Baru2 ini saya dan isteri bawa 3 orang cucu remaja untuk mengerjakan ibadah umrah dan ziarah diMakkah dan Medinah. 
  • Tidur awal. Jadikan amalan dan budaya untuk tidur awal. Bila sudah penat kerja mudah kita tidur. Kalau sukar tidur cuba baca quran tentu mudah tidur. Jangan lupa baca fatiha, ayat qursi, 3 qul, zikir, istighfar an selawat sebelum lena. Juga jadi amalan baik ambil wuduk sebelum tidur. Sebaiknya kita tidur 7 jam setiap hari. 
  • Selepas solat zuhur ambil 'power nap' antara 10 - 15 minit. Ia beri tenaga untuk terus kerja hingga petang. 
  • Bangun awal. Saya bangun jam 5 pagi. Loceng jam dan radio alarm akan berbunyi setiap pagi. Sering saya terkejut dulu sebelum bunyi loceng dan radio kerana loceng alarm dalam minda saya sudah tergerak. Baca doa bangun tidur 'Alhamdulillahi lazi ahyayna ba'da amatana wa alaihinusyur' disamping zikir istighfar dan selawat sebelum ketandas. Saya kejutkan isteri. Saya solat tahajud 4 rakaat dan witir 3 rakaat. Tahlil arwah2 ibu bapa dan saudara2. Zikir panjang sebelum menuju masjid untuk solat subuh berjemaah. Sempornakan solat lima waktu dan rukun islam yang lain 3. Sarapan saperti raja. Amalkan makan sarapan pagi yang sempurna dan mengeyangkan untuk membekalkan tenaga dan kekuatan bila berkerja. Saya makan buah2 dulu biasanya 3 butir keroma dan seterusnya 2 biji telor rebus setengah masak dicampur kicap manis dimakan dengan 2 keping roti multigrain toasted disapu cheese. Minum nescafe susu satu mug. Kalau menginap dihotel yang menyediakan sarapan saya pastikan makan sebanyak yang bolih dan saya kurangkan makan tengah hari dan malam. Disamping banyak makan buah2an dan salad. 
  • Supplemen vitamins dan lain2. Selepas sarapan saya makanan supplemen2 vitamin2 dan antioxidants. Saya kongsi makan obimin, calcium dan fish oil dengan isteri; sudah berpuloh tahun saya amalkan. Saya makan lain2 saperti resveraterol dan Q10 yang baik untuk kesihatan jantung dan pil NuFocus untuk tenaga dan anti stress. Vitamin C 500mg dan jika saya dalam perjalanan atau kurang sihat saya makan vit C 1 - 2 gm sehari. Walau pun saya banyak makan buah2 dan sayur2 saya perlu supplemen2 tersebut. 
  • Pilih kerja yang diminati dan memberi keriangan. Saya berkerja sebagai doktor kerana inilah kerjaya yang saya minati dan gembira melakukannya. Bila rasa boring dan stress ditempat kerja seseorang perlu fikirkan cari yang lain. Kerja saya sebagai pakar bidan memang teruk dan berat tanggung jawabnya. Latihan yang saya lalui memang sangat getir dan mencabar. Tapi sebab saya minat dan gembira melakukannya kerja ini akhirnya ia menjadi sumber hasil rezeki yang tinggi dan lumayan. Disamping itu kerja saya jadikan ibadah untuk bekalan saya diakhirat kelak. 
  • Amalkan exercise 30 minit setiap hari. Tidak kira apa jenis exercise asalkan ia menggerak tubuh dan kuatkan otot2 dan sendi; Berjalan kaki, jogging, kayuh basikal, main golf, berenang atau lain2 saperti basuh kereta atau nencuci rumah. Saya pileh berkebun (gardening) disekitar kawasan rumah untuk tanam kangkung, pucuk paku, kacang bendir, daun turi dan kesum, halia, bunga kantan; pokok pisang, kelapa, tebu dan buah markisa. Ini sebagai hobby sahaja tapi berkebun (mencangkul, cabut rumput rumpai dan tebas dahan pokok) bolih mengeluarkan peluh disamping berbagai hasil untuk dimakan. 
  • Exercise paru2, mata dan kaki. Amalkan deep breathing exercise selama 5 minit. Bolih dibuat dimana2 : sedang duduk dipejabat, sedang berdiri atau lain2 situasi ; sedut nafas panjang2 dan mendalam melalui hidung untuk mengembangkan paru2 dan hembus keluar dari mulut. Ulang beberapa kali untuk meningkatkan kadungan oksijen dalam paru2. Ia mengurangkan stress dan hilangkan mengantuk. Untuk exercise mata ; mula2 padang jauh dan kemudian fokus pandangan pada jari yang didepan muka. Cuba jalan naik turun tangga daripada naik lift. Ini bolih baikki aliran darah dan kekuatan jantung. 
  • Amalkan catit dalam buku jernal dan diary. Jadikan satu budaya dan amalan hidup untuk mencatit semua idea2, ilham, peristiwa2, cita2, rancangan, tindakan kewangan dan lain dalam satu buku kecil yang bolih dibawa kemana2 dalam saku baju atau seluar. Catitan ini sangat berguna untuk mengimbas semula idea2 dan tindakan demi untuk mencapai cita2. Sampai sekarang berpuluh2 buku2 nota kecil saya masih saya simpan dan seringkali saya singkap kembali cita2 idea2 dan peristiwa2 lampau. Memang sangat berguna dan bermenfaat. Saya lihat orang2 jepun dan korea sentiasa mencatitkan butir2 pertemuan dan perbincangan. 
  • Catitkan cita2, azam dan sasaran dimerata2 tempat. Bahagikan cita2 dan sasaran kepada pecahan2 kecil dan pastikan tempuh serta jangka waktu yang perlu dicapai. Sasaran kecil mudah dicapai dalam jangka waktu yang pendek dan ini membina serta memperkukuh keyakinan diri untuk capai sasaran lebih besar. Tuliskan visi dan misi hidup kita bagi jangka panjang dan pendek. Destinasi kita ada syurga firdous diakhirat dan berkekalan selama2. 
  • Amalkan baca dan terus membaca. Untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran sangat penting membaca. Kitab utama ialah quran dan baca beberapa muka setiap hari serta fahami makna. Insha Allah dapat barkah dan dipermudah urusan dunia. Timba ilmu sehingga akhir hayat kita dari mana2 sumber khususnya dalam bidang kerjaya dan hobby kita. 
  • Uruskan masa dengan bijak. Kerja 40 jam seminggu iaitu 8 jam sehari dan 5 hari seminggu biasanya mencukupi. Bersedia untuk kerja overtime khususnya bila mula berniaga atau berlatih dalam bidang kerjaya masing2. Pernah saya kerja 72 jam berterusan sebagai doktor pelatih dihospital Melaka. Ingat tubuh badan kita dan minda ada hak untuk berehat. Ingat jangan jadi hamba kerja. Jangan merungut tidak cukup masa untuk menyiapkan sesuatu tugas. Bila bijak mengurus masa masalah kesuntukkan tidak akan timbul. Jangan membazirkan masa dengan menonton terlalu banyak rancangan talivisyen atau bermain video games. 
  • Banyak minum air. Badan perlu air untuk menghidupkan organ2 penting saperti jantung otak dan buah pinggang. Kekurangan air menyebabkan dehydration yang mengganggu fungsi organ. Orang lelaki perlu 3 liter dan perempuan perlu 2.2 liter sehari. Minum air mineral , air zam2 atau air masak suam. Minum juz buahan segar - air kelapa muda, air jambu, air limau nipis/kasturi. Minum air halia atau cuka apel debgan madu. 
  • Bertindak, Berusaha dan Berkerja. Jadi orang yang 'action oriented' yang suka dan gembira buat kerja serta menghasilkan sesuatu. Bila suatu cita2 dan sasaran telah dikenal pasti terus ambil tindakan segera. Jangan tangguh (procrastinate) ; ia menjadi pencuri masa. Jangan jangan asyik merungut dan mengkritik sahaja. 
  • Sangka baik terhadap orang lain. Jangan sering buruk sangka terhadap orang lain - kawan2 dan jiran kita, pekerja2 sepejabat atau lain. Fikirkan mereka ada niat baik. Fikir positif. 14. Bersyukur kepada Allah dan insan lain. Sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan - nikmat kesihatan, panca indera normal, rezeki, iman dan kebahagian hidup. Tunaikan hak dan perintah Allah.   
  • Cakap lunak dan sedap didengar. Cakap2 yang berbentuk pujian dan sanjungan dengan ikhlas kepada mereka berhak menjadi penyejuk dan penawar hati dan merupakan suatu sedakah. Jauhkan cakap2 negatif yang bolih matikan initiatif orang lain. Cakap2 positif memberi galakkan. 
  • Senyum dan ucap salam selalu. Jangan terlalu serious. Senyum dan ketawa bolih kurangkan mental stress. Beri senyuman dan ucap salam kepada orang lain walau pun tidak dikenali, ia merupakan sedekah. Munkin ini akan membuka pintu perkenalan. 
  • Beristighfar ,taubat dan bermaafan. Mohon ampun kepada Allah setiap masa dengan istighfar berulang2 kali. Mohon maaf jika kita buat kesilapan terhadap orang lain. Rendahkan diri. Jangan buang tenaga membenci orang lain. Sedia memaafkan orang lain - satu pahala besar dari Allah. 
  • Terima teguran dan pendapat orang lain. Jangan cuba menang dalam semua perbinacangan. Menerima dan menghormati pendapat orang lain bolih menjadikan kita dihormati walau pun munkin kita tidak setuju. Jangan buang dan sia2kan masa bercakap fasal politik. 
  • Jangan bersedih terhadap cacian, umpatan dan gosip. Lebih baik kita mohon perlindungan Allah daripada cuba memberi penjelasan. 20. Kawal kemarahan. Jangan balas kemarahan dengan tindakan buruk. Ucap aauzubillah, istighfar dan ambil wuduk. Sabar dan bertenang. 
  • Bertenang ketika pandu kenderaan dijalan raya. Jangan bertindak balas kepada provokasi daripada road bully atas kelakuan buruk mereka. Jangan bunyikan horn .Sabar dan bertenang ; sentiasa berzikir dan berselawat. 
  • Biarkan apa orang fikir tentang diri kita. Jika orang berfikiran baik tentang kita ucapkan 'alhamdulillah'. Tetapi jika mereka fikir buruk , jangan risau atau sedih. Kita tahu diri kita sendiri. Yang penting pandangan Allah terhadap kita. 
  • Muasabah diri. Cermin diri; tanya diri apa baiknya dan kelemahannya. Jangan bandingkan diri dengan orang lain khususnya yang lebih kaya, lebih tinggi pangkat dan lebih mewah. Tengok kebawah pada orang2 yang miskin dan daif. Kita lihat orang lain pada zahirnya sahaja sedangkan ciri2 lain dan dalaman kita tidak ketahui. 
  • Kegagalan tangga kepada kejayaan. Kegagalan, kerugian niaga dan musibah adalah cubaan hidup. Bersabar, tabah dan terus berusaha. Jangan putus asa. Mohon pertolongan Allah.  
  • Masa beredar, sekitaran berubah nasib kita juga akan berubah. Segala2 akan berubah; masalah2 akan selesai, yang buruk jadi baik dan kegagalan bertukar kepada kejayaan. Sabar dan solat mohon pertolongan Allah; berusaha dan tawakkal. 
  • Jadi seorang pemberi dan pemurah. Jadikan satu amalan dan budaya untuk memberi sedekah, beri makan , beri hadiah , beri senyuman, beri galakkan dan seterusnya mengikut kemampuan dan kaedaan.   
  • Jangan harap balasan dari orang yang kita tolong. Tolong orang dengan wang, barangan atau tenaga kerana Allah. Hati ikhlas dan tidak rasa bangga atau riak. Allah akan balas jasa dengan cara lain dan lebih besar ganjarannya. 
  • Mengetahui had diri. Kita hanya manusia. Ada had kemampuan. Jangan terlalu ghairah menempuhi risiko. Sebelum menceburi sesuatu bidang buat analisa, penilaian dan dapatkan nasihat terlebih dahulu. Mampukah kita dari segi ilmu, kemahiran, tenaga dan kewangan. Ingat dan waspada. 
  • Bergaul mesra dengan semua lapisan masyarakat. Jadi seorang peramah, mudah bergaul dan sesuaikan diri. 'Reach out' kita ambil initiatif mulakan perbualan. Mulakan dengan senyuman dan ucap salam. Bila berjabat tangan genggam dengan kuat sambil senyum untuk menandakan kita ikhlas dan mesra. 
  • Janji mesti ditepati. Bila berjanji dengan sesiapa pun untuk sesuatu urusan sama ada hal2 pekerjaan, kewangan, perayaan, pertemuan atau lain2 mestilah ditepati. Jika janji untuk bertemu eloklah kita datang lebih awal dari waktu yang ditetapkan. 
  • Bijak mengurus kewangan. Buat simpanan sedikit dari pendapatan bulanan dalam tabungan yang dikunci saperti tabung haji dan ASB. Jangan percaya skim cepat kaya. Sudah beberapa kali tertipu. Belanja untuk keperluan penting bukan ikut kemahuan. Hidup cara sederhana dan jangan terlalu mewah dengan membeli barang2 branded. Waspada bila guna credit card dan perlu selesai bayar sebelum habis tempuh sebulan kerana kadar faedah terlalu tinggi. Berhutang untuk beli hartanah sahaja kerana ada peningkatan nilai. Jangan berhutang untuk beli barang2 yang susut nilai. Selesaikan semua hutang sebelum umor 60 tahun. Waspada jika ada orang yang hendak berhutang dengan kita. Biasanya hutang tidak akan atau sukar dibayar. Ini pengalaman saya sendiri. Beri dia sedikit sebagai hadiah. 
  • 32. Dapatkan restu dan doa ibu bapa. Dalam segala urusan yang akan diceburi selain dari mendapat panduan Allah melalui solat istiharah doa dan restu ibu bapa sangat penting. Sentiasa menghubungi dan ziarahi ibu bapa selagi mereka masih hidup. 
4. RUMUSAN Untuk capai kejayaan dan kebahagian hudup. Perlu kuat iman dan taqwa Perlu caragaya hidup sihat tanpa stress. Berilmu dan kemahiran tinggi. Berdisiplin. Bijak dalam pengurusan. Berakhlak mulia. Kuatkan Silaturrahim.

 ##copy paste FB Dr Hamid Arsyat

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

Pendaftaran dan Masuk PRA Sekolah Sesi 2017


1. Sudah 6 tahun usia anak sulungku seperti baru semalam dia lahir.

2. Mana mungkin aku lupa saat indah dia menjadi bayi dan membesar di depan mataku hingga kini.

3. Muhammad Irfan namanya aku beri sebab maksud Irfan adalah bijak. Moga dia jadi orang yang bijak dan berguna satu masa nanti.

4. 30hb Disember 2016 baru-baru ini kami mendaftarkan dia di SK Long Jaafar Kamunting Taiping Perak bagi mengikuti sesi PRA Sekolah.

5. Saya dan isteri sebenarnya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengasuh Irfan, Kak Hasmah kerana dialah individu penting mendaftarkan Irfan di situ.

6. Hanya kerana kami beralamat di Taman Palma Puteri, pihak sekolah asalnya menolak permohonan kami. Namun atas pertolongan Kak Hasmah maka berjaya juga Irfan didaftarkan.

7. Jadi semasa sesi pendaftaran dan taklimat ibubapa kami amat teruja kerana ini adalah pertama kali kami membawa anak kami bersekolah.

8. Paling menarik, PU Yeop turut mendaftarkan anaknya ke PRA sekolah yang sama.


9. Hari ini, 3 Januari 2016, Irfan masuk ke kelas hari pertama. Tiada drama dan tiada duka. Dia bagaikan sudah biasa dengan suasana kelas memandangkan dia pernah belajar di Taska PASTI semasa 5 tahun dulu.

10. Kepada Irfan, ayah amat berharap anak ayah dapat belajar rajin-rajin dan berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran. 

11. Kalau boleh lebih hebat dari ayah yang memegang ijazah pertama bidang ekonomi dari Universiti Utara Malaysia.

12. Selamat bersekolah anakku.

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

Sunday 1 January 2017

Selamat Menyambut Tahun 2017



1. 2016 sudah berakhir tetapi tahun ini lah segala nya bermula. 

2. Moga empunya diri terus tabah menerima rawatan dan kekal cekal meneruskannya. 

3. Memang berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul tapi percayalah pikulan itu turut ku tangung tanpa setitis pun rasa lelah. 

4. Moga Allah kurniakan kita secebis kekuatan bagi melapangkan jalan menuju kesembuhan. 

5. Demi zuriat kita yg terlahir dari  acuan cinta kita. 

6. Moga Allah ampunkan segala dosa kita bayaran dari ujian yg diberikanNya ini. 

7. Selamat tahun baru 2017 isteriku Nur Hasanah Hasani. 

8. InsyaAllah azam kita mahu kan semula nikmat sembuh akan digapai. 

9. Dengan izin dari Allah Tuhan yang menyembuhkan segala penyakit. 

Allahhuakbar. 

#cancerhodgkinslymphoma 
#selamattahunbaru2017

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

Older Posts

Recent Posts Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...