Shopping Cart Order Form

Sunday 13 August 2017

Bulan Ogos 2017 - Setahun Sudah Kanser Menjadi Darah Daging Kami

Salam Sejahtera semua.

Pra Transplan : Sel darah induk telah diambil pada bulan Julai lepas bagi pra proses Transplan.

1. Bulan Ogos ini tercatat cukup lah 1 tahun, kami berdepan dengan masalah kanser yang dihidapi isteri.

2. Pada bulan Ogos 2016, isteri telah disahkan mengidap Kanser Hodgkins Lymphoma oleh doktor pakar di Hospital KPJ Taiping Medical Centre.

3. Dari keputusan itulah, bermulalah perjalanan baru kami sekeluarga mengisi hidup bagi menyesuaikan diri dalam menjalani rawatan kanser ini.

4. Dari fasa kimoterapi biasa sebanyak 12 kali sehinggalah ke Kimoterapi ICE 3 kali, kami sekarang hanya menunggu fasa ke-3 iaitu rawatan transplan.

5. Semoga ada sinar kesembuhan dihujung cerita ini.

6. Doa keluarga dan sahabat sekalian dipohon.

Wallahhu'alam

Penulis,
Juaini Bin Shaharain

Older Posts

Recent Posts Widget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...