1. Kanser Hodgkin Lymphoma merupakan kanser tisu limfa, tisu limfa terdapat di nodus limfa, limpa, hati, tulang sum-sum dan lain-lain.
2. Punca sakit ini masih belum diketahui dan ia biasa menimpa dikalangan mereka yang berusia dari 15-35 tahun dan 50-70 tahun.
3. Simptom-simptom kanser ini adalah seperti berikut :-
- Sering keletihan demam dan kesejukan yang kerap datang dan pergi
- Gatal-gatal tanpa sebab diseluruh badan
- Hilang nafsu makan
- Berpeluh-peluh diwaktu malam
- Bengkak yang tidak sakit di bahagian limfa seperti ketiak dan leher
- Hilang berat badan tanpa sebab
4. Simptom lain yang mungkin berlaku ialah:-
- Batuk
- Sakit Dada atau masalah pernafasan
- Berpeluh berlebih-lebihan
- Sakit dibahagian tulang rusuk kebawah disebabkan oleh hati atau limpa yang bengkak
- Sakit dinodus limfa
- Selepas minum alkohol kulit menjadi kemerahan (Bukan Islam)
5. Terdapat beberapa jenis ujian yang akan dijalankan bagi mengesahkan kanser Hodgkin Lymphoma. Biasanya tanda awal kanser ini ialah bengkak dibahagian nodus limfa yang tidak diketahui puncanya.
6. Penyakit ini boleh merebak kebahagian nodus limfa yang lain seperti limpa, hati, tulang sum-sum dan lain-lain
Penyakit ini akan didiagnos selepas membuat biopsi dibahagian tisu yang mungkin sakit.
7. Jika keputusan biopsi dan ujian lain menunjukkan pesakit mengidap Kanser Hodgkin Lymphoma maka banyak lagi ujian yang akan dilakukan untuk mengenalpasti kanser berada ditahap mana dan sejauh mana ia merebak.
8. Biasanya ujian-ujian berikut akan dilakukan
- Ujian kimia darah seperti aras protein
- Ujian fungsi hati
- Ujian fungsi buah pinggang, dan paras asid urik
- Biopsi tulang sum-sum (untuk sesetengah kes)
- Imbasan CT keatas dada, abdomen dan pelvis
- 'Complete Blood Count' (CBC) untuk periksa anemia dan kira jumlah darah putih.
9. Imbasan PET
Rawatan yang diberikan pula bergantung kepada beberapa perkara berikut:-
Jenis Kanser Hodgkin Lymphoma
Kanser tahap berapa (sejah mana sakit telah merebak)
Saiz tumor melebihi 10 cm (lebar)
Usia pesakit dan pelbagai isu perubatan
Faktor lain seperti usia, demam, berpeluh diwaktu malam dan sebagainya.
10. Pesakit akan dirawat menggunakan kemoterapi atau terapi radiasi, Biasanya doktor akan memaklumkan berkenaan rawatan dengan lebih spesifik.
Wallahhualam,
Penulis,
Juaini Bin Shaharain
Wallahhualam,
Penulis,
Juaini Bin Shaharain